Monday 29 July 2013

CSQ Training@Majlis Tazkirah & Ifthar MKM & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

Program     : Majlis Berbuka bersama Maktab Koperasi Malaysia
Tarikh        : 19 Julai 2013
Tempat      : Auditorium, Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan hadir dalam Program Ifthar Maktab Koperasi Malaysia. Turut hadir dalam program kali ini ialah YBhg Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan iaitu Dato Hasan Malek beserta Timbalan Menteri YBhg Datuk Paduka Ahmad Bashah.
Saya bergambar kenangan bersama Dr. Ahmad Zahiruddin ( Peng. MKM) berdiri dari kiri, Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK ) berdiri di tengah.

Fokus program ialah penyampaian dana zakat daripada Bank Rakyat & Persatuan Kebajikan Islam MKM di samping sesi beramah mesra bersama YB Menteri yang baru dilantik. Program bermula dengan majlis perasmian pada jam 5.30 petang dan berakhir dengan sesi jamuan selepas solat terawih. Terima kasih dan penghargaan kepada YBhg Dato Hasan Malek yang sudi hadir dan menunggu sehingga tamat acara.
Saya diberi tugas untuk memimpin solat tarawih beserta memberikan sedikit pengisian untuk mengisi di antara waktu maghrib dan Isya.

Duduk kiri - Datuk Paduka Ahmad Bashah ( Timb. Menteri), Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK) bersama isteri


 Ust Hasanuddin sedang membacakan ayat-ayat suci al quran

 Beramah mesra bersama tetamu kehormat

 Sesi Tazkirah khas Ramadhan yang diadakan di Surau MKM mengisi masa senggang sementara menunggu masuk waktu Isya


Semoga Ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk setiap dari kita melaksanakan pembaharuan dalam diri, meningkatkan amalan dalam kehidupan serta membangun peribadi soleh.

Ramadhan : Meluhur Budi Menyemai Taqwa

No comments:

Post a Comment