Thursday 16 January 2014

Cerdik Itu Dicari, Bukan Diwarisi

Cerdik Itu Dicari, Bukan Diwarisi

“Perbezaan di antara manusia biasa dan manusia genius bukannya terletak pada gen, tetapi diri manusia itu sendiri. Menurut pakar neurosains, manusia biasa dan manusia genius berbeza dari segi sejauh mana mereka berjaya menggunakan potensi otak secara berkesan untuk mencapai sesuatu matlamat. Sekiranya kita tahu mengawal kuasa minda, kita bukan sahaja mampu menjadi manusia yang lebih pintar tetapi juga lebih matang dan bijaksana”
(Dr. Azlena Zainal & Dr. Munir Shuib : Buku Meningkatkan Potensi Minda)


Pistachio a.k.a "kacang cerdik" dikatakan berkhasiat untuk menajamkan fungsi otak melalui kandungan potassium selain zat besi, anti oksida dan zat besi...

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekuatan tertentu. Begitu juga dengan kelemahan dan kekurangan tertentu. Tidak semuanya sempurna. Boleh jadi seseorang itu pandai dalam hal tertentu tetapi tidak dalam perkara yang lain. Boleh jadi seorang doktor pakar dalam bidangnya tetapi tidak mahir dalam pertukangan rumah. Termasuk juga seorang guru yang bijak dalam pengajarannya tetapi mungkin mengalami kekurangan dari aspek ilmu menangkap ikan. Walau pun makanan kegemaran cikgu tersebut ialah ikan.
Ada manusia yang dilahirkan tidak sempurna tetapi diberikan kelebihan tertentu. Mungkin seorang yang lumpuh dan hanya berkerusi roda tetapi memiliki bakat melukis yang hebat.  Susan Boyle, seorang wanita Scotland berusia 48 tahun mencatat sejarah dunia selepas memenangi tempat kedua rancangan realiti televisyen British’s Got Talent 2008. Suaranya yang merdu membayangi penampilannya yang kurang menarik serta dirinya yang pernah mengalami masalah learning disability suatu ketika dahulu. Albumnya terjual jutaan unit di seluruh dunia termasuk tontonan di laman youtube melebihi 500 juta kali menjadikannya jutawan hanya dalam tempoh setahun sehingga digelar sebagai voice of angel.

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh, pakar ekonomi dari kelompok OKU membuktikan kejayaannya sebagai orang buta pertama di dunia mendapat PhD sehingga diiktiraf dalam Guinness Book Of Record serta menjadi Ahli Dewan Negara. Termasuk juga menjawat jawatan sebagai CEO Twintech Holding, sebuah kolej pendidikan swasta di Lembah Klang.

Apa yang kita fahami dari beberapa contoh di atas ialah kelebihan seseorang itu terletak kepada bagaimana cara ianya diolah, digilap dan diasah menjadi satu kekuatan untuk mencipta kecemerlangan hidup. Kekurangan dan kelemahan yang dihadapi hanyalah suatu pelengkap dalam proses manusia mencapai matlamat hidupnya. Ia bukan penghalang tetapi adalah sesuatu yang menguatkan lagi kredibiliti dan profil seorang manusia. Seperti sebiji bola yang dibenam ke dalam air, semakin dalam dibenam akan semakin tinggi ia melonjak apabila dilepaskan. Begitu juga dengan dahan pokok yang dicantas. Semakin dicantas maka semakin banyak tunas yang akan tumbuh. Itulah analogi dalam memahami signifikan ujian, masalah, kelemahan dan kekurangan yang melintasi hidup manusia.

Inilah buah "kacang cerdik" yang masih segar dari pokoknya yang sebenar

Kelebihan semulajadi
Ada manusia yang diberikan kelebihan semulajadi seperi kemahiran artikulasi dan penyampaian, melukis, bersuara lunak merdu, berpenampilan menarik dan seumpamanya. Kelebihan ini dalam keadaan tertentu digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat hidup. Ada juga manusia yang gagal menggunakan kelebihan yang diberikan kepadanya dan akhirnya tersungkur dalam proses menjadi seorang manusia hamba kepada Allah s.w.t

Kelebihan yang dipelajari
Di sebalik semua itu, ada kelebihan dan potensi yang tidak ada pada seseorang tetapi boleh dipelajari. Kemahiran dan potensi soft skill adalah sesuatu yang boleh diasah, dilakukan secara pengulangan dan diperbaiki kelemahan serta kekurangannya sehingga menjadi kelebihan yang memanfaatkan. Boleh jadi seorang yang tidak mahir dalam ilmu pembicaraan atau public speaking, menjalani latihan intensif serta kesungguhan, akhirnya menjadi seorang pemidato yang hebat. Seorang pakar renang juga tidak lahir sebagai pakar renang. Seperti Datuk Lee Chong Wei, tidak lahir sebagai bayi yang sudah boleh bermain badminton tetapi menjalani siri latihan dan pengulangan yang akhirnya menjadikan beliau juara dunia. Ungkapan ini sesuai untuk difahami bagi seorang yang tidak ada kelebihan tertentu dan putus asa untuk mendapatkannya

“ Anda bukannya lemah dalam melakukan sesuatu, anda hanya sekadar tidak mengetahui cara dan teknik yang betul”

Kesimpulannya, teknik dan cara sesuatu itu dilakukan membezakan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain. Keputusan peperiksaan anda berbeza dengan rakan anda yang mungkin lebih cemerlang kerana cara dan teknik yang anda lakukan berbeza dengan rakan anda tersebut. Sebab itulah, mengasah teknik dan menguasai kemahiran berfikir amat kritikal. Seperti kata seorang pemimpin dunia :

“ Sekiranya saya diberikan masa 8 jam untuk menebang sebatang pokok, saya akan menghabiskan masa 6 jam untuk mengasah dan menajamkan kapak”

Berfikir dan merancang ditambah elemen kesungguhan melaksanakan sesuatu adalah resepi kejayaan bagi seorang juara. Adakah kewujudan anda di institusi ini pada hari ini dirancang? Apakah keputusan peperiksaan semester anda dirancang? Apakah anda merancang siapakah anda 5 tahun ke hadapan?

Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”
Surah al Hasyr : Ayat 18

Kesimpulan
Untuk membina potensi dan menggilapnya menjadi suatu senjata kecemerlangan, kita tidak harus menyempurnakan kesemuanya. Lakukan perubahan secara kolektif dalam ruang termampu serta diikuti kesungguhan untuk merubah diri. Seperti kata hikmah “

“Kesempurnaan itu bukanlah kerana anda seorang yang sempurna. Tetapi kerana anda melakukan yang terbaik. Itulah kesempurnaan”

Islam menggalakkan kesungguhan umatnya dalam melaksanakan apa jua perkara semasa hidup di dunia sebagai bekalan berkualiti untuk dibawa ke Padang Mahsyar.


Lakukan perubahan dalam hidup kita ke arah kebaikan. Gilap potensi kita sebagai bekal amal paling berharga.

ABU AZIZ
CSQ Training Centre

Friday 10 January 2014

Sorotan SummerCamp SuperMuslim III - Malaysia Tour 2013 Jelajah 10 Masjid CSQ Training

SummerCamp SuperMuslim III - Malaysia Tour By CSQ Training Centre

Bersama CSQ FC Team di SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Negeri, Shah Alam 20-22 Disember 2013

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat r.a. serta kepada seluruh pendokong Islam.

Kami berjaya menamatkan kembara SummerCamp Super Muslim III 2013 Jelajah Malaysia. Kembara 3 hari 2 malam bersama hampir 1800 peserta merentasi 9 buah masjid, 1 Kolej Komuniti dan 1 campsite bermula pada 19 November 2013 dan berakhir pada 26 Disember 2013. Kembara Malaysia Tour ini disertai konvoi 3 buah kereta dibantu pengangkutan awam banyak mengasah kemahiran kami dalam mengendalikan peserta di samping membentuk silaturrahim  (teambuilding) yang amat baik di kalangan para fasilitator dan jurulatih. Kembara hampir 2 bulan ini banyak mengajar kami dengan makna toleransi bila terasa penat, memahami dengan keletihan, menggunakan perkataan yang baik dalam menyampaikan maksud, belajar senyum walau pun masing-masing tidak cukup rehat serta menjadi seorang yang mahir menyusun perancangan hidup.

Antara kenangan manis sepanjang kembara program ini ialah apabila pihak CSQ Training Centre mendapat liputan dari TV Al Hijrah ketika berlangsung program Edisi Kembara Masjid Negara pada 29,30 Nov - 1 Disember 2013.




Kami juga mendapat liputan di dalam ruangan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Disember 2013


Berikut ialah siri jelajah CSQ Training Centre sepanjang cuti persekolahan November-Disember2013
  1. Masjid Saidina Othman, Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur :: 19-21 Nov 2013 ( 160 peserta)
  2. Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur  :: 20-22 Nov 2013 ( 189 peserta)
  3. Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, Ipoh, Perak :: 24-26 Nov 2013 ( 130 peserta)
  4. Masjid Negara, Kuala Lumpur :: 29,30 Nov-1 Dis 2013 ( 130 peserta)
  5. KEDA Zon 2, Padang Terap, Kedah Darulaman ::  3-5 Disember 2013 ( 88 peserta)
  6. Masjid Al Muttaqin, Sungai Petani, Kedah Darulaman :: 6-8 Disember 2013 ( 110 peserta)
  7. Masjid At Taqwa, Seremban, Negeri Sembilan :: 10-12 Disember 2013 ( 120 peserta)
  8. Masjid Negeri, Pahang Darul Makmur :: 13-15 Disember 2013 ( 48 peserta)
  9. Masjid Putra, Putrajaya :: 17-19 Disember 2013 ( 310 peserta)
  10. Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor :: 20-22 Disember 2013 ( 210 peserta)
  11. Kolej Komuniti Selayang :: 24-26 Disember 2013 ( 40 peserta)
  12. Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, Selangor :: 24-26 Disember 2013 ( 94 peserta)

Bagi memudahkan pengendalian kursus serta memastikan pengisian program dapat dilaksanakan dengan baik, kami telah membahagikan peserta kepada 3 kelompok utama di setiap lokasi mengikut tahap umur. Kelompok 1 ialah peserta berumur 7-9 tahun (Kumpulan RIBENA), 10-12 tahun ( DUTCH LADY) dan 13-17 tahun (MILO). Setiap kategori umur pengisian dan subjek perbincangan berbeza dan bersesuaian mengikut tahap pemikiran dan mentaliti peserta.

Lanjutan dari SummerCamp SuperMuslim II yang lepas, CSQ Training Centre telah menambahbaik pengisian dengan memasukkan Selawat Thabibiyah dan Doa Rabithah untuk dihafal oleh para peserta selain Doa Dhuha. Saya kira hampir kesemua peserta dapat menghafal Selawat Thabibiyah dan Doa Rabithah yang akan dikumandangkan setiap kali permulaan slot dalam program.

Bersama peserta SummerCamp SuperMuslim Edisi 1 Masjid Saidina Othman, Bdr Tun Razak, 
Kuala Lumpur



Bersama 189 peserta SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Bangsar, Kuala Lumpur


Bersama 120 peserta SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, 
Ipoh, Perak

































CSQ Training@Majlis Agama Islam Selangor dalam Kursus Strategi Berfikir

Kursus Strategi Berfikir
Tarikh           : 10 Oktober 2013
Lokasi           : INTAN Wilayah Tengah
Peserta          : 28 Pegawai Majlis Agama Islam Selangor

Alhamdulillah, kali ini bertempat di INTAN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur, CSQ Training Centre dijemput bersama 28 Pegawai MAIS dalam Kursus Strategi Berfikir. Fokus kami kali ini ialah membentuk dan memperbaiki serta meningkatkan daya berfikir dalam mencapai kerja berprestasi tinggi.


Saya memulakan sesi pertama dengan Slot WOW

 Get-In-Team module


 Hanya 2 minit diperlukan untuk "break the ice" bersama rakan baru

 Strategi berfikir dalam menghasilkan output kerja berkualiti dalam " Hit The Target"

 Mencuba setelah berfikir dengan kemampuan yang ada

 Fokus dalam melaksanakan tindakan

 Manusia memerlukan pasak dan nilai dalam berfikir. Itulah yang kami terapkan dalam "Find Your Value"

" Change Your Word Change Your World" mengajar manusia menghargai walau pun perkara kecil dan berfikir sebelum bertindak


 Strategi berfikir dalam modul "Traffic Jam"


Problem Solving dalam modul Konflik Lembu 

 Decision Making adalah elemen kemuncak dalam berfikir melalui modul Konflik Lembu

Hanya berbeza pendapat bukan berbeza akhlak. Itulah tujuan kita


Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor atas jemputan ini. Semoga kehadiran kami menyuntik sedikit "makna" dalam membantu warga kerja MAIS mencapai kemuncak dalam perkhidmatan mereka.

CSQ Training Centre

CSQ Training@KEDA Padang Terap In Kursus Peningkatan Pendapatan & Usahawan

CSQ Training Centre bersama KEDA Daerah Padang Terap dalam Kursus Peningkatan Pendapatan & Usahawan
Tarikh      :  22-24 Disember 2013
Lokasi     : Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak

Peserta bergambar kenang-kenangan ketika singgah Zohor di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, Perak

Alhamdulillah, CSQ Training diberi peluang mengendalikan Kursus Usahawan & Peningkatan Pendapatan bagi usahawan Daerah Padang Terap. Dengan kehadiran 32 peserta, fokus kami dalam program ialah seperti berikut : 
  • Mendedahkan peserta terhadap asas keusahawanan dan ciri-ciri usahawan
  • Mempelajari teknik dan kaedah pemasaran dan pengekalan produk dalam pasaran
  • Mempelajari asas pengurusan kewangan peribadi dan syarikat
  • Memahami konsep keberkatan rezeki dan pendapatan


 Saya bersama En Syam, "orang kuat" KEDA Zon 2, Padang Terap

Antara sesi yang diikuti oleh para peserta ialah : 

  1. Sesi Ice breaking & group binding usahawan
  2. Slot Ceramah Asas Usahawan dari Pegawai MARA Kinta
  3. Lawatan ke 11 lokasi usahawan di Halal Park Tambun merangkumi pelbagai makanan antaranya kerepek, garlic spread, roti arab, bahulu gulung, lekor crispy, cup cake, serunding dan sebagainya.
  4. Lawatan ke Pusat Penghasilan Labu Sayung di Kuala Kangsar
  5. Sesi Brainstrorming Usahawan Cemerlang
  6. Slot Asas Pengurusan Kewangan
  7. Keberkatan Rezeki Pencetus Ketenangan Hati

Kebanyakan mereka telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Antaranya menembusi pasaran China dan Brunei. Ada juga yang mempunyai sistem penghantaran barang sendiri termasuk yang berjaya menjual 1000 paket tempe sehari. Pencapaian ini telah memberikan semangat dan inspirasi kepada peserta untuk mencetuskan perubahan dan tindakan untuk menjadi seperti mereka yang telah berjaya.


 Berada di dalam Kedai Serunding yang telah menembusi pasaran China & Brunei

 Pembungkusan dan pelabelan yang menarik mampu mencetus keinginan pengguna untuk mencuba dan membeli. Itu antara syarat produk. Bukan sahaja rasa mesti sedap tetapi harus kelihatan sedap

 Antara produk menarik, sapuan bawang atau garlic spread menarik minat peserta. Berjaya dijual 1000 bekas sebulan dengan edaran di pasaraya dan kedai harian

 Peserta meninjau kaedah membuat tauhu dan air soya

Bersama dalam sesi brainstorming usahawan berjaya. Yakin Diri Gilap Potensi

 Ceria & sporting, resepi kejayaan customer service

 Dalam Slot " Change Your Word Change Your World"

 Aktiviti "psychomotor" sebagai pelengkap kursus

Semoga kursus ini dapat membantu melengkapkan lagi ilmu dan praktikal usahawan bagi peserta. Saya selalu menyebut kepada peserta, ada 2 perkara dalam mencari rezeki iaitu usaha dan keberkatan.

Manusia harus berusaha untuk mencari rezeki dengan matlamat mencapai keredhaan Allah melalu cara yang halal dan strategi yang betul. Usaha & strategi adalah formula kejayaan Rasulullah ketika baginda mengikuti rombongan kafilah dagang ke Syam suatu ketika dahulu.

Keberkatan datang apabila para usahawan menunaikan hak mereka kepada Sang Pencipta dalam proses mencari rezeki dan juga setelah mendapat rezeki. Harta kita akan ditanya dengan 2 soalan di akhirat iaitu dari mana anda memperolehinya dan bagaimana anda membelanjakannya. Pastikan markah kita penuh untuk soalan yang telah "bocor" ini.

Semoga usaha kecil ini bermakna.

CSQ Training Centre