Tuesday 30 July 2013

CSQ Training@ Majlis Ifthar Ingress Motor Centre

Program     : Majlis Ifthar bersama warga Ingress Motor Centre
Tarikh        : 21 Julai 2013
Tempat      : Mitshubishi Showroom, Puchong, Selangor

Kali ini, saya berkesempatan dalam sesi Ceramah Khas Ramadhan bersama warga Ingress Motor Centre. Majlis bermula jam 5.00ptg-6.45 ptg. Saya teruja dapat bersama warga Ingrees Motor Centre kerana syarikat ini dimiliki oleh bumiputera melayu berjaya iaitu YBhg Datuk Haji Ramli Musa selaku Pengerusi Eksekutif. Syarikat ini adalah salah satu di antara dealer untuk kereta BMW dan Mitshubishi di Malaysia. Justeru, sesi ceramah dan majlis ifthar ini diadakan di bilik pameran ( showroom)  Mitshubishi yang baru dibuka di Bdr Bukit Puchong, Selangor

Saya sedang menyampaikan sesi tazkirah. Turut kelihatan YBhg Datuk Haji Ramli ( berbaju putih)


Majlis dipengerusikan oleh YBhg En Mohd Hakki

Terima kasih di atas jemputan untuk sama-sama berkongsi tentang kelebihan Ramadhan dan bagaimana melakukan transformasi diri sempena bulan penuh kemuliaan ini. Semoga menjadi penyebab untuk sama-sama melakukan kebaikan.

Biarlah Ramadhan Ini Dinanti..Bukan Sekadar Dilalui...

No comments:

Post a Comment