Tuesday 30 July 2013

CSQ Training@Forum Keluarga Bahagia

Program       : Forum Keluarga Bahagia - Anak : Aset Ke Syurga Atau Neraka
Tarikh          : 29 Jun 2013
Tempat        : SRI Cahaya Ummi, Gombak, Kuala Lumpur

Menjadi moderator forum, sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Justeru, saya menerima jemputan Ustazah Ummi selaku Guru Besar SRI Cahaya Ummi untuk mengendalikan acara forum sempena Karnival Usahawan SRICU.



Panelnya YBhg Ustaz Ebit Liew ( Pendakwah Bebas) dan Ust Pahrol Mohd Juoi yang merupakan seorang penulis buku dan perunding motivasi terkenal. Program ini juga diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Maulid yang mendendangkan balada selawat kepada para tetamu yang hadir. (Kumpulan Mawlid dianggotai oleh bekas ahli kumpulan Ruffedge dan VE yang pernah popular suatu ketika dulu)

Bergambar kenangan bersama Ustazah Ummi, Ust Pahrol, Ust Ebit Liew dan ahli kumpulan Mawlid


Fokus program ini ialah untuk memberikan kefahaman terhadap kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya tugas utama mereka iaitu mendidik anak-anak di samping memberikan kemahiran serta tips motivasi dalam menangani karenah anak-anak serta membina hubungan suami isteri yang harmoni. Selaku moderator, saya terkesan dengan penyampaian kedua panel yang berjaya menyampaikan isi forum dengan cemerlang.

" Sesungguhnya harta yang paling baik untuk engkau warisi ialah akhlak dan adab"

No comments:

Post a Comment