Tuesday 30 July 2013

CSQ Training@Forum Keluarga Bahagia

Program       : Forum Keluarga Bahagia - Anak : Aset Ke Syurga Atau Neraka
Tarikh          : 29 Jun 2013
Tempat        : SRI Cahaya Ummi, Gombak, Kuala Lumpur

Menjadi moderator forum, sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Justeru, saya menerima jemputan Ustazah Ummi selaku Guru Besar SRI Cahaya Ummi untuk mengendalikan acara forum sempena Karnival Usahawan SRICU.



Panelnya YBhg Ustaz Ebit Liew ( Pendakwah Bebas) dan Ust Pahrol Mohd Juoi yang merupakan seorang penulis buku dan perunding motivasi terkenal. Program ini juga diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Maulid yang mendendangkan balada selawat kepada para tetamu yang hadir. (Kumpulan Mawlid dianggotai oleh bekas ahli kumpulan Ruffedge dan VE yang pernah popular suatu ketika dulu)

Bergambar kenangan bersama Ustazah Ummi, Ust Pahrol, Ust Ebit Liew dan ahli kumpulan Mawlid


Fokus program ini ialah untuk memberikan kefahaman terhadap kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya tugas utama mereka iaitu mendidik anak-anak di samping memberikan kemahiran serta tips motivasi dalam menangani karenah anak-anak serta membina hubungan suami isteri yang harmoni. Selaku moderator, saya terkesan dengan penyampaian kedua panel yang berjaya menyampaikan isi forum dengan cemerlang.

" Sesungguhnya harta yang paling baik untuk engkau warisi ialah akhlak dan adab"

CSQ Training@ Majlis Ifthar Ingress Motor Centre

Program     : Majlis Ifthar bersama warga Ingress Motor Centre
Tarikh        : 21 Julai 2013
Tempat      : Mitshubishi Showroom, Puchong, Selangor

Kali ini, saya berkesempatan dalam sesi Ceramah Khas Ramadhan bersama warga Ingress Motor Centre. Majlis bermula jam 5.00ptg-6.45 ptg. Saya teruja dapat bersama warga Ingrees Motor Centre kerana syarikat ini dimiliki oleh bumiputera melayu berjaya iaitu YBhg Datuk Haji Ramli Musa selaku Pengerusi Eksekutif. Syarikat ini adalah salah satu di antara dealer untuk kereta BMW dan Mitshubishi di Malaysia. Justeru, sesi ceramah dan majlis ifthar ini diadakan di bilik pameran ( showroom)  Mitshubishi yang baru dibuka di Bdr Bukit Puchong, Selangor

Saya sedang menyampaikan sesi tazkirah. Turut kelihatan YBhg Datuk Haji Ramli ( berbaju putih)


Majlis dipengerusikan oleh YBhg En Mohd Hakki

Terima kasih di atas jemputan untuk sama-sama berkongsi tentang kelebihan Ramadhan dan bagaimana melakukan transformasi diri sempena bulan penuh kemuliaan ini. Semoga menjadi penyebab untuk sama-sama melakukan kebaikan.

Biarlah Ramadhan Ini Dinanti..Bukan Sekadar Dilalui...

Monday 29 July 2013

CSQ Training@Majlis Tazkirah & Ifthar MKM & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

Program     : Majlis Berbuka bersama Maktab Koperasi Malaysia
Tarikh        : 19 Julai 2013
Tempat      : Auditorium, Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan hadir dalam Program Ifthar Maktab Koperasi Malaysia. Turut hadir dalam program kali ini ialah YBhg Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan iaitu Dato Hasan Malek beserta Timbalan Menteri YBhg Datuk Paduka Ahmad Bashah.
Saya bergambar kenangan bersama Dr. Ahmad Zahiruddin ( Peng. MKM) berdiri dari kiri, Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK ) berdiri di tengah.

Fokus program ialah penyampaian dana zakat daripada Bank Rakyat & Persatuan Kebajikan Islam MKM di samping sesi beramah mesra bersama YB Menteri yang baru dilantik. Program bermula dengan majlis perasmian pada jam 5.30 petang dan berakhir dengan sesi jamuan selepas solat terawih. Terima kasih dan penghargaan kepada YBhg Dato Hasan Malek yang sudi hadir dan menunggu sehingga tamat acara.
Saya diberi tugas untuk memimpin solat tarawih beserta memberikan sedikit pengisian untuk mengisi di antara waktu maghrib dan Isya.

Duduk kiri - Datuk Paduka Ahmad Bashah ( Timb. Menteri), Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK) bersama isteri


 Ust Hasanuddin sedang membacakan ayat-ayat suci al quran

 Beramah mesra bersama tetamu kehormat

 Sesi Tazkirah khas Ramadhan yang diadakan di Surau MKM mengisi masa senggang sementara menunggu masuk waktu Isya


Semoga Ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk setiap dari kita melaksanakan pembaharuan dalam diri, meningkatkan amalan dalam kehidupan serta membangun peribadi soleh.

Ramadhan : Meluhur Budi Menyemai Taqwa

CSQ @ MRSM MUADZAM SHAH :: KURSUS JATI DIRI

Kem Transformasi Remaja
Tarikh : 20-21 Julai 2013
Penyertaan : 140 orang peserta
Tempat : MRSM Muadzam Shah

Jurulatih terlibat :
  • Ust Azizul asri
  • Saudara Ammar
  • Saudara Zaki
  • Saudara Saddan
Program ini bertujuan :
  • Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


  • Taklimat game ular titi

    Taklimat game ular titi 

    Solat berjemaah  

     Imam kusyuk berdoa
    Berlatih untuk berani cakap di hadapan

    Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Mudah mudahan adik-adik peserta berjaya mencapai target kejayaan masing masing. Kami di CSQ Training Centre sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kebaikan untuk semua.

    "Perfect is you do the best"

CSQ @ SRA AL-HIDAYAH :: KURSUS SMART STUDY

Program Juara Peperiksaan
Tarikh         : 28-29 Jun 2013
Penyertaan  : 100 orang peserta
Tempat        : SRA Al-Hidayah

Jurulatih terlibat :
  • Saudara Syauqi
  • Saudara Ammar
  • Saudara Hamid
  • Saudari Sahi
Program ini bertujuan :
  • Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemarlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah & peribadi remaja muslim

CSQ @ SRI CAHAYA UMMI :: KURSUS SMART LEADERS

Kursus Kepimpinan Siri 2 2013
Tarikh        : 22 Jun 2013 (8.30 a.m - 5.30 p.m)
Tempat      : SRI Cahaya Ummi
Penyertaan : 70 orang peserta

Jurulatih terlibat :
  • Ustaz Azizul Asri
  • Saudari Syuhada
Kursus ini bertujuan :
  • Membina jati diri untuk menjadi seorang pemimpin
  • Membentuk sikap dan matlamat untuk berjaya
  • Menjadi seorang pelajar yang berdedikasi
  • Menjadi seorang yang berdisiplin

 Game ular titi
Pencarian pensil yanag telah disembunyikan

 Kumpulan yang telah berjaya mencari kesemua pensil yang disembunyikan

 Design kereta yang telah siap

 Design kereta yang lain

Game F1

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput kami. Semoga kursus yang diadakan ini dapat membantu adik-adik SRI Cahaya Ummi cemerlang dalam akademik & juga sahsiah.

Sekian, Terima kasih

CSQ @ SRA AL-RIDHWAN :: KURSUS JATI DIRI 2013

Kursus Jati Diri 2013
Tarikh        : 29 & 30 Jun 2013
Penyertaan : 62 pelajar SRA Al-Ridhwan
Tempat      : Kem Rimba Ria Suara Hutan

Jurulatih terlibat : 
  • Ustaz  Hasanuddin Haron
  • Saudara Farid Wajdi
  • Saudara Afiq
  • Saudara Zahid
  • Saudari Siti 'Aisyah bt Isnin
Kursus ini bertujuan untuk 
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim.
  • Membina jati diri yang kuat (principal-centric)








CSQ @ SMK BANDAR BANTING :: KURSUS JATI DIRI 2013

Kursus Jati Diri 2013
Tarikh    : 2- 4 Julai 2013
Peserta  : 130 Pelajar SMK Bandar Banting
Tempat  : Kem Rimba Ria Suara Hutan

Jurulatih terlibat:
  •  Ustaz Hasanuddin bin Haron
  •  Saudara Farid Wajdi
  •  Saudara Rozaimi
  •  Saudara Aizat
  •  Saudari Siti Aisyah bt Isnin
Program ini bertujuan untuk :
  • Membina jati diri yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim.

 Pendaftaran untuk bilik, tuala dan selimut

 Game air

 Pemilihan smart team

 Menara paip

Perbentangan kumpulan

Terima kasih kepada pihak SMK Bandar Banting dengan kerjasama adik-adik SMK Bandar Banting kerana memberi kepercayaan kami untuk melatih adik-adik dalam Kursus Jati Diri 2013..

Sekian, Terima kasih.. 

CSQ @ SK DUSUN NANDING :: KURSUS PECUTAN AKHIR UPSR 2013

Kursus Pecutan Akhir UPSR 2013
Tarikh   : 2-3 Julai 2013
Peserta  : 80 pelajar UPSR 2013
Tempat  : Kamunting Beach Resort

Jurulatih terlibat  :

  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin
  • Saudara Saadan
  • Saudara Amar
  • Saudara Hamid

Kursus ini bertujuan untuk :

  •  Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  •  Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemarlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  •  Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


Sesi  ice-breaking

Sorakan kumpulan

Solat berjemaah di tepi pantai

Menara kejayaan

Penyampaian sijil

Acara suap-menyuap

Para trainer & fasilitator CSQ Training

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru serta peserta-peserta Kursus Pecutan Akhir UPSR ini atas kerjasama & kesudian pihak sekolah untuk menjemput pihak CSQ Training dalam menjayakan kursus ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik dunia & akhirat.

CSQ @ SK BUKIT JALOR :: KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

Kursus Pemantapan Akidah anjuran Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)
Tarikh        : 6-8 Julai 2013
Penyertaan : 85 pelajar SK Bukit Jalor
Tempat      : Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)

Jurulatih terlibat
  • Ustaz Hasanuddin bin Haron
  • Saudara Amar
  • Saudara Aizat
  • Saudara Syukri
  • Saudari Aisyah Roslan
  • Saudari Siti Aisyah bt Isnin
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk:
  • Membina jati diri aqidah yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim

jungle tracking

Menara Kejayaan


Bekerjasama dalam kumpulan untuk  mendaki bukit

Terima kasih kami ucapkan kepada warga Pusat Pemantapan Akidah Jelebu serta SK Bukit Jalor atas kesudian menjemput CSQ Training Centre dalam menjayakan program ini. Insya Allah semogapeserta program ini akan menjadi muslim yang cemerlang di dunia & akhirat.

CSQ @ MRSM PDRM :: KURSUS PECUTAN AKHIR PELAJAR PMR 2013

Kursus Pecutan Akhir bersama pelajar PMR 2013
Tarikh         :  5-7 Julai 2013
Peserta       : 140  calon PMR MRSM PDRM
Tempat       : Kem Kenari , Yan

Jurulatih terlibat:
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin
  • Ustaz Luqman
  • Saudara Zack Zawani
Objektif utama program ini ialah :
  • Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


Solat berjemaah 

'Tanya sama pokok'


jungle tracking



Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput kami sekali lagi. Semoga kursus yang diadakan ini dapat membantu adik-adik MRSM PDRM untuk mendapat 8A dengan cemerlang akademik & juga sahsiah.

CSQ @ MASJID PUTRA :: KEM SMART RAMADHAN

Kem Smart Ramadhan
Tarikh : 20-21 Julai 2013
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya
Bilangan : 97 orang peserta

Tujuan :
1) Untuk memantapkan lagi amal ibadah mereka
2) Mengajar mereka bagaimana untuk mendapatkan puasa yang sempurna
3) Mengajar mereka melakukan aktiviti yang bagus di bulan puasa
4) Mengajar mereka melakukan smart wuduk dan smart solat

Jurulatih terlibat :
1) Ust Hasanuddin bin Haron
2) Saudara Syukri
3) Saudara Hamzah
4) Saudari 'Aisyah
5) Saudari Airen


 Ular titi, adik-adik sedang mencari pensil yang telah di sembunyikan

 Pendaftaran peserta

 Sedang kusyuk mendengar slot yang disampaikan

 Adik-adik sedang berkenalan dengan rakan yang baru

 Tugasan yang pertama iaitu membuat lukisan yang berkaitan dengan ahli kumpulan

 Tangisan dari anak yang soleh yang berjanji untuk berubah

Tangisan dari anak yang solehah untuk memperbaiki kesalahan diri

Semoga Kem Smart Ramadhan ini berjaya mempertingkatkan ibadah adik-adik...

Sekian, Terima Kasih

CSQ Training Centre