Friday 10 January 2014

Sorotan SummerCamp SuperMuslim III - Malaysia Tour 2013 Jelajah 10 Masjid CSQ Training

SummerCamp SuperMuslim III - Malaysia Tour By CSQ Training Centre

Bersama CSQ FC Team di SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Negeri, Shah Alam 20-22 Disember 2013

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat r.a. serta kepada seluruh pendokong Islam.

Kami berjaya menamatkan kembara SummerCamp Super Muslim III 2013 Jelajah Malaysia. Kembara 3 hari 2 malam bersama hampir 1800 peserta merentasi 9 buah masjid, 1 Kolej Komuniti dan 1 campsite bermula pada 19 November 2013 dan berakhir pada 26 Disember 2013. Kembara Malaysia Tour ini disertai konvoi 3 buah kereta dibantu pengangkutan awam banyak mengasah kemahiran kami dalam mengendalikan peserta di samping membentuk silaturrahim  (teambuilding) yang amat baik di kalangan para fasilitator dan jurulatih. Kembara hampir 2 bulan ini banyak mengajar kami dengan makna toleransi bila terasa penat, memahami dengan keletihan, menggunakan perkataan yang baik dalam menyampaikan maksud, belajar senyum walau pun masing-masing tidak cukup rehat serta menjadi seorang yang mahir menyusun perancangan hidup.

Antara kenangan manis sepanjang kembara program ini ialah apabila pihak CSQ Training Centre mendapat liputan dari TV Al Hijrah ketika berlangsung program Edisi Kembara Masjid Negara pada 29,30 Nov - 1 Disember 2013.




Kami juga mendapat liputan di dalam ruangan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Disember 2013


Berikut ialah siri jelajah CSQ Training Centre sepanjang cuti persekolahan November-Disember2013
  1. Masjid Saidina Othman, Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur :: 19-21 Nov 2013 ( 160 peserta)
  2. Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur  :: 20-22 Nov 2013 ( 189 peserta)
  3. Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, Ipoh, Perak :: 24-26 Nov 2013 ( 130 peserta)
  4. Masjid Negara, Kuala Lumpur :: 29,30 Nov-1 Dis 2013 ( 130 peserta)
  5. KEDA Zon 2, Padang Terap, Kedah Darulaman ::  3-5 Disember 2013 ( 88 peserta)
  6. Masjid Al Muttaqin, Sungai Petani, Kedah Darulaman :: 6-8 Disember 2013 ( 110 peserta)
  7. Masjid At Taqwa, Seremban, Negeri Sembilan :: 10-12 Disember 2013 ( 120 peserta)
  8. Masjid Negeri, Pahang Darul Makmur :: 13-15 Disember 2013 ( 48 peserta)
  9. Masjid Putra, Putrajaya :: 17-19 Disember 2013 ( 310 peserta)
  10. Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor :: 20-22 Disember 2013 ( 210 peserta)
  11. Kolej Komuniti Selayang :: 24-26 Disember 2013 ( 40 peserta)
  12. Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, Selangor :: 24-26 Disember 2013 ( 94 peserta)

Bagi memudahkan pengendalian kursus serta memastikan pengisian program dapat dilaksanakan dengan baik, kami telah membahagikan peserta kepada 3 kelompok utama di setiap lokasi mengikut tahap umur. Kelompok 1 ialah peserta berumur 7-9 tahun (Kumpulan RIBENA), 10-12 tahun ( DUTCH LADY) dan 13-17 tahun (MILO). Setiap kategori umur pengisian dan subjek perbincangan berbeza dan bersesuaian mengikut tahap pemikiran dan mentaliti peserta.

Lanjutan dari SummerCamp SuperMuslim II yang lepas, CSQ Training Centre telah menambahbaik pengisian dengan memasukkan Selawat Thabibiyah dan Doa Rabithah untuk dihafal oleh para peserta selain Doa Dhuha. Saya kira hampir kesemua peserta dapat menghafal Selawat Thabibiyah dan Doa Rabithah yang akan dikumandangkan setiap kali permulaan slot dalam program.

Bersama peserta SummerCamp SuperMuslim Edisi 1 Masjid Saidina Othman, Bdr Tun Razak, 
Kuala Lumpur



Bersama 189 peserta SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Bangsar, Kuala Lumpur


Bersama 120 peserta SummerCamp SuperMuslim III Edisi Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, 
Ipoh, Perak

































No comments:

Post a Comment