CSQ Training Centre bersama KEDA Daerah Padang Terap dalam Kursus Peningkatan Pendapatan & Usahawan
Tarikh : 22-24 Disember 2013
Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak
Peserta bergambar kenang-kenangan ketika singgah Zohor di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, Perak
Alhamdulillah, CSQ Training diberi peluang mengendalikan Kursus Usahawan & Peningkatan Pendapatan bagi usahawan Daerah Padang Terap. Dengan kehadiran 32 peserta, fokus kami dalam program ialah seperti berikut :
- Mendedahkan peserta terhadap asas keusahawanan dan ciri-ciri usahawan
- Mempelajari teknik dan kaedah pemasaran dan pengekalan produk dalam pasaran
- Mempelajari asas pengurusan kewangan peribadi dan syarikat
- Memahami konsep keberkatan rezeki dan pendapatan
Saya bersama En Syam, "orang kuat" KEDA Zon 2, Padang Terap
Antara sesi yang diikuti oleh para peserta ialah :
- Sesi Ice breaking & group binding usahawan
- Slot Ceramah Asas Usahawan dari Pegawai MARA Kinta
- Lawatan ke 11 lokasi usahawan di Halal Park Tambun merangkumi pelbagai makanan antaranya kerepek, garlic spread, roti arab, bahulu gulung, lekor crispy, cup cake, serunding dan sebagainya.
- Lawatan ke Pusat Penghasilan Labu Sayung di Kuala Kangsar
- Sesi Brainstrorming Usahawan Cemerlang
- Slot Asas Pengurusan Kewangan
- Keberkatan Rezeki Pencetus Ketenangan Hati
Kebanyakan mereka telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Antaranya menembusi pasaran China dan Brunei. Ada juga yang mempunyai sistem penghantaran barang sendiri termasuk yang berjaya menjual 1000 paket tempe sehari. Pencapaian ini telah memberikan semangat dan inspirasi kepada peserta untuk mencetuskan perubahan dan tindakan untuk menjadi seperti mereka yang telah berjaya.
Berada di dalam Kedai Serunding yang telah menembusi pasaran China & Brunei
Pembungkusan dan pelabelan yang menarik mampu mencetus keinginan pengguna untuk mencuba dan membeli. Itu antara syarat produk. Bukan sahaja rasa mesti sedap tetapi harus kelihatan sedap
Antara produk menarik, sapuan bawang atau garlic spread menarik minat peserta. Berjaya dijual 1000 bekas sebulan dengan edaran di pasaraya dan kedai harian
Peserta meninjau kaedah membuat tauhu dan air soya
Bersama dalam sesi brainstorming usahawan berjaya. Yakin Diri Gilap Potensi
Ceria & sporting, resepi kejayaan customer service
Dalam Slot " Change Your Word Change Your World"
Aktiviti "psychomotor" sebagai pelengkap kursus
Semoga kursus ini dapat membantu melengkapkan lagi ilmu dan praktikal usahawan bagi peserta. Saya selalu menyebut kepada peserta, ada 2 perkara dalam mencari rezeki iaitu usaha dan keberkatan.
Manusia harus berusaha untuk mencari rezeki dengan matlamat mencapai keredhaan Allah melalu cara yang halal dan strategi yang betul. Usaha & strategi adalah formula kejayaan Rasulullah ketika baginda mengikuti rombongan kafilah dagang ke Syam suatu ketika dahulu.
Keberkatan datang apabila para usahawan menunaikan hak mereka kepada Sang Pencipta dalam proses mencari rezeki dan juga setelah mendapat rezeki. Harta kita akan ditanya dengan 2 soalan di akhirat iaitu dari mana anda memperolehinya dan bagaimana anda membelanjakannya. Pastikan markah kita penuh untuk soalan yang telah "bocor" ini.
Semoga usaha kecil ini bermakna.
CSQ Training Centre
No comments:
Post a Comment