Monday 22 April 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 SummerCamp Super Muslim Siri II


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2013, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim Siri II. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri 1 yang dilaksanakan pada penghujung 2012 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir & doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
CARA MENDAFTAR

Sila klik dua kali untuk paparan lebih besar. Anda boleh cetak borang pendaftaran di bawah dan faks ke  03 6205 2554

CARA PEMBAYARAN


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



Daftarlah hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.

Salam hormat




No comments:

Post a Comment