Thursday, 16 October 2014

CSQ Training Centre@Forum Bicara Ad Denn IKIM.fm

CSQ Training Centre@Forum Bicara Ad Deen IKIM


Alhamdulillah. Pada 10 Oktober 2014, bertempat di Kolej Polytech MARA Banting, satu rakaman Forum Bicara Ad Deen anjuran Kolej Polytech MARA Banting bersama IKIM.FM telah diadakan.

Forum bertajuk "Alam Maya : Bolehkah? berlangsung di hadapan hampir 500 pelajar Kolej Polytech MARA Banting menampilkan Ust Mahathir Shaharudin (Pengurus Radio IKIM) selaku moderator dan Ust Azizul Asri ( Perunding CSQ Training Centre) sebagai panel pertama dan Ust Hasanuddin Haron ( Perunding CSQ Training Centre) sebagai panel kedua.


 Bergambar kenangan bersama duduk dari kiri - Ust Azizul, Ust Mahathir Shaharudin. Berdiri di belakang kiri ialah Imam Muda Taufik dan Ust Hasanuddin



Semoga beroleh manfaat kepada semua penonton yang hadir dan juga pendengan IKIM.FM nanti.

CSQ Training Centre - Let Us Show Yu The Way

CSQ Training Centre@Tabung Haji Negeri Perak

CSQ Training Centre bersama Warga TH Negeri Perak dalam Kursus Kepimpinan Iman Siri III


Kursus Kepimpinan Iman Bersama Warga TH Negeri Perak Siri III
26-28 Sept 2014 ( 3 Hari 2 malam)
The Heritage Hotel, Ipoh, Perak

Penceramah : Ustaz Sabri Abd Rani ( Perunding Fokus Budi)
                     : Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin ( CSQ Training Centre)














CSQ Training Centre@Kementerian Kerja Raya

CSQ Training Centre@ Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur

Program Personaliti Wasatiah Membentuk Kesatuan Ummah
23-25 Sept 2014
Dewan Mawar, KKR Kuala Lumpur
60 Warga Kerja JKR KL & Pantai Timur

Sebahagian peserta dalam aktiviti "Make Your Decision"

Bertukar cenderahati dengan Ust Khairun Nizam Abd Samad ( Unit Latihan KKR)

Salah satu aktiviti " Appreciate To Be Appreciate"


Aksi peserta dalam Aktiviti "Tukar Tisu"


Aktiviti " Play Your Role" mengajar peserta kaedah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah



Terima kasih kepada Unit Integriti Kementerian Kerja Raya Malaysia atas jemputan ini, Semoga beroleh manfaat dan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre@Jabatan Laut Malaysia

CSQ Training Centre@ Jabatan Laut Malaysia

Kursus Pemantapan Kerjaya & Sahsiah Pembantu Laut 
2-4 September 2014
ILPPPL, Pulau Indah

Bergambar kenangan selepas tamat kursus bersama Pengarah ILPPPL ( Berbaju batik merah)


Ust Hasanuddin Haron sedang mengendalikan Sesi  "2 Mm To Success"

Antara wajah peserta dalam Modul Lembu Hilang


Salah satu modul dalam Kursus Pemantapan Kerjaya ( Problem Solving)



Slot malam kedua diisi dengan aktiviti " Change Your Word Change The World"


Salah satu aktiviti malam pertama kendalian Ust Azizul iaitu "Cabaran Traffic Jam"

Gelagat peserta dalam aktiviti " Menara Kejayaan"


Mencungkil potensi dalam " Game Of Rotation"

Salah satu modul "1 Depend To Another"

CSQ Training Centre
Let Us Show You The Way

CSQ Training Centre@Perpustakaan Komuniti MBPJ

CSQ Training Centre@MBPJ

Program Kemahiran Smart Study & Motivasi Diri
17-19 Ogos 2014
Masjid Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor
Bersama Anak-anak Kakitangan MBPJ



Alhamdulillah. Program ini berlangsung dengan jayanya melibatkan hampir 60 peserta selama 2 hari 1 malam berkampung di Masjid Sultan Abdul Aziz, P. Jaya Selangor. Turut diselitkan acara qiamullail dan solat hajat bagi membentuk aspek spiritual peserta ke arah yang lebih baik.

Terima kasih kepada En Zainal, Wakil Perpustakaan Komuniti MBPJ dan rakan-rakan.


CSQ Training Centre@SASER Seremban

CSQ Training Centre@SASER Seremban

Program Pecutan Akhir SPM 2014
19 Ogos 2014
Sekolah Sains Seremban, SASER


Alhamdulillah, saya berkesempatan bersama hampir 300 orang pelajar SASER yang bakal menduduki SPM pada tahun 2014 ini. Agak mencabar pada mulanya tetapi selepas Sesi Ice Breaking, saya mula berkongsi tips dan teknik membentuk matlamat serta bagaimana " memecut " dalam fasa akhir SPM ini.

3 jam bersama peserta, adrenalin mereka kekal hingga ke penghujung.

Semoga SPM kali ini, SASER berada pada temanya " SASER NamamuTeratas"

Sunday, 4 May 2014

Pendaftaran Kem Motivasi Cuti Sekolah ( SummerCamp SuperMuslim 4.0) Kini Di Buka! Daftar Hari Ini!

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei - Jun 2014 SummerCamp Super Muslim Siri 4.0


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2014, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim 4.0. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri III yang dilaksanakan pada hujung 2013 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan
LOKASI PROGRAM

1. MASJID BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR                
 02-04 JUN 2014 ( Isnin-Rabu) 
2. MASJID SULTAN YUSUF, IPOH, PERAK                            06-08 JUN 2014 ( Jumaat-Ahad)
3. MASJID PUTRA, PUTRAJAYA                                          10-12 JUN 2014    (Selasa-Khamis)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir & doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR & LOKASI ke nombor seperti di bawah : 


Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 



CARA PEMBAYARAN

Depositkan RM50 seorang ATAU bayaran penuh untuk pengesahan pendaftaran ke akaun MAYBANK CSQ TRAINING & CONSULTANCY 56439 7100 826. Slip pembayaran hendaklah di FAKSkan (03 6205 2554) ATAU EMAIL (daftarsekarang2014@yahoo.com.my) ATAU WHATSAPP ke nombor telefon yang tertera. Slip pembayaran perlulah disertakan bersama nama peserta & lokasi masjid.
DAFTAR MELALUI SMS


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berharga. Telefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 





PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way