Monday, 23 September 2013

Daftar Kem Cuti Sekolah Nov-Dis 2013

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah Nov -Dis 2013 SummerCamp Super Muslim Siri III


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Nov-Dis 2013, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim Siri III. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri II yang dilaksanakan pada pertengahan 2013 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhusolat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan
LOKASI PROGRAM

1. MASJID BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR                19-21 NOV 2013 ( Selasa-Khamis)
2. MASJID BANGSAR, KUALA LUMPUR                                22-24 NOV 2013 (Jumaat-Ahad)
3. MASJID SULTAN AZLAN SHAH, IPOH, PERAK                   26-28 NOV 2013 ( Selasa-Khamis)
4. MASJID MUTTAQIN, SG. PETANI, KEDAH                        06-08 DIS 2013   (Jumaat-Ahad)
4. MASJID TAQWA, NEG. SEMBILAN                                   10-12 DIS 2013    (Selasa-Khamis)
5. MASJID NEGERI, KUANTAN, PAHANG                             13-15 DIS 2013   (Jumaat-Ahad)          
6. MASJID PUTRA, PUTRAJAYA                                         17-19 DIS 2013    (Selasa-Khamis)
7. MASJID NEGERI, SHAH ALAM                                         20-22 DIS 2013    (Jumaat-Ahad)
8. RIMBA RIA CAMPSITE, SELANGOR                                  24-26 DIS 2013   (Selasa-Khamis)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR & LOKASI ke nombor seperti di bawah : 



Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 



DAFTAR MELALUI SMS


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 




ATURCARA SUMMERCAMP SUPERMUSLIM III 2013



PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.



Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

Tuesday, 17 September 2013

CSQ@JKM Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda : Dusun Eco Resort




Kursus        : Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda JKM
Tarikh         : 14-15 Sept 2013
Tempat       : Dusun Eco Resort,  Bentong, Pahang
Peserta       : 16 orang Pelatih Muda JKM

Alhamdulillah, buat kali kedua, CSQ Training Centre dijemput oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk mengendalikan Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda JKM 2013. Jika pada tahun 2012, lokasinya di Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, kali ini pihak JKM memilih Dusun Eco Resort sebagai venue untuk membantu para peserta memperkasa diri membentuk peribadi menjadi generasi Malaysia yang bervisi. 

Fokus kali ini lebih jelas iaitu :

  1. Membentuk keyakinan diri peserta untuk merubah dan membina peribadi mulia
  2. Membina semangat usahawan dalam diri peserta
  3. Mendedahkan kemahiran asas entrepreneur sebagai persiapan membentuk masa depan yang terjamin
  4. Menyedarkan para peserta terhadap keperluan menamatkan latihan sebagai pelatih muda JKM



 Aktiviti Obstacle di Dusun Eco Resort yang mempunyai 12 halangan amat mencabar peserta...

 Slot asas SME mebantu peserta merangka strategi perniagaan dengan dibantu oleh Dana Azam Niaga & Azam Khidmat KPWKM...

 BBQ terbaik khas dari CSQ Training Centre kepada peserta. Ayam panggang madu, coleslaw, roti bakar dan burger salad pastinya memberikan "mimpi syurga" kepada peserta...

 Slot "teambuilding"

 Peserta bergambar kenangan selepas aktiviti "teambuilding"

 Bergambar kenangan bersama urusetia JKM. Berdiri dari kiri En. Sufi, Cik Zurina, Cik Rohaiza, Puan Hani, En Jamal dan En Wan. Duduk dari kiri En Wan Hanafiah, En Sulaiman, Puan Haslina (Pegawai), Ust Azizul Asri ( CSQ) dan En Hasanuddin (CSQ)

Semoga kursus kali ini dapat membantu pihak JKM mencapai objektif mereka serta memberikan input terbaik kepada para pelatih JKM untuk merubah diri ke arah sikap yang betul untuk mencapai sesuatu dalam hidup.

"If you want to get something, you have to do something"

CSQ Training Centre

CSQ@PTPTN Call Centre : Kursus Khidmat Pelanggan


Kursus Khidmat Pelanggan PTPTN
6-8 September 2013
Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
32 Kakitangan Call Centre PTPTN

 En Jusuraimi, Unit Latihan & Kompetensi PTPTN sedang memberikan ucapan perasmian kursus..

 Sebahagian peserta lelaki dalam sesi ice breaking...

 Peserta perempuan yang "sporting"...

Fokus utama Kursus Khidmat Pelanggan ini ialah : 
  1. Membina keyakinan diri peserta
  2. Membentuk persepsi dan perspektif kerja yang betul sebagai matlamat utama
  3. Membentuk asas berpasukan dalam kerja
  4. Mempelajari asas dan prinsip dalam membentuk khidmat pelanggan super


 Ujian "stress"...

 Membuat pelanggan anda senyum ialah salah satu ciri utama khidmat pelanggan...

Seri Menanti Resort adalah salah satu pilihan terbaik untuk mana-mana organisasi yang mencari-cari tempat latihan atau kursus peringkat korporat. Dengan kemudahan bilik penginapan bertaraf 4 bintang, kaedah penyediaan makanan dan masakan ala kampung pastinya menggamit memori peserta untuk kembali ke sini.


Di samping itu juga, lokasi Seri Menanti yang berdekatan Istana Seri Menanti dan perkampungan masyarakat membolehkan para peserta menghayati nilai budaya masyarakat dalam kehidupan dan senibina rumah minangkabau. 

Pihak CSQ Training Centre telah merangka satu program Explorace Khidmat Pelanggan di mana para peserta diminta menyediakan barang-barang asas tertentu. Kemudiannya peserta diminta mencari salah satu rumah di perkampungan berhampiran untuk memasak barang-barang tersebut serta memberikan beberapa khidmat asas kepada tuan rumah. Antaranya mengemas ruang tamu, mengajar anak kecil membaca al quran atau membuat kerja sekolah serta menyediakan menu karipap panas untuk tuan rumah.

Sambutan masyarakat terhadap peserta juga amat baik dan memuaskan. Sudah pasti kemesraan dan suasana kampung di Seri Menanti memberikan satu pengalaman baru kepada warga call centre PTPTN untuk pulang dan membentuk cara kerja yang baru dan bertambah baik.

"If you focus on results, you will never change. If you focus on change, you will get results"

ADIOS