Friday, 13 December 2013

Daftar Program Cuti Sekolah NurIlmu Muslim SummerCamp bersama Barisan Imam Muda

 3 Program Khas Untuk Remaja & Wanita sempena Cuti Sekolah Disember 2013



Salam hormat kepada semua ibu bapa & para pengunjung laman CSQ Training & Consultancy, kami dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa pendaftaran bagi SummerCamp SuperMuslim III 2013 telah ditutup secara rasmi bermula dari detik ini ( 14 Disember 2013)

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak untuk program cuti sekolah, CSQ Training Centre menawarkan satu lagi program latihan eksklusif iaitu NurIlmu Muslim SummerCamp bersama 10 Imam Muda & Ustazah Pilihan.

Berikut ialah maklumat lanjut :

Nurilmu Muslim SummerCamp 1
Tarikh              : 24-26 Disember 2013
Lokasi             : Masjid Al Firdaus, Bdr Baru Selayang, Selangor
Yuran              : RM 220
Terbuka          : Peserta 8-17 Tahun lelaki perempuan

Program Muslimah, Dunia & Jannah
Tarikh              : 25 Disember 2013
Lokasi             : Kolej Komuniti Selayang, Selangor
Masa               : 9.00 pg - 5.00 petang
Terbuka           : Wanita berusia 18 tahun ke atas
Yuran              : RM100


Nurilmu Muslim SummerCamp 2
Tarikh              : 26-28 Disember 2013
Lokasi             : UTM Skudai, Johor
Yuran              : RM 220
Terbuka          : Peserta 8-17 Tahun lelaki perempuan


Info NurIlmu Muslim SummerCamp Masjid Al Firdaus, Bdr Baru Selayang

Info NurIlmu Muslim SummerCamp UTM Skudai, Johor


Info Program Muslimah, Dunia & Jannah





CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR LOKASI ke nombor seperti di bawah : 



KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 






Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"


Thursday, 12 December 2013

MAKLUM TERKINI SUMMERCAMP & WORKSHOP SUPERMUSLIM 2013

MAKLUM TERKINI SUMMERCAMP & WORKSHOP SUPERMUSLIM 2013

Assalamualaikum,

Kepada para ibu bapa yang dikasihi dan disayangi. Dengan rasminya dimaklumkan pendaftaran bagi Summercamp Supermuslim III di Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Negeri, Shah Alam dan juga Workshop Supermuslim di Kem Rimba Ria, Sg Congkak, Hulu Langat DITUTUP.

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan yang diberikan oleh pihak ibu bapa, anak-anak, peserta-peserta summercamp.

Nantikan Summercamp pada cuti sekolah akan datang!!!

Jazakallahu khairan khathira

-PIHAK CSQ TRAINING & CONSULTANCY






Sunday, 20 October 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah : Workshop Super Muslim 2013


Assalamualaikum Ibu Bapa & Pengunjung Laman CSQ Training Centre.

Selain dari Program Cuti Sekolah SummerCamp SuperMuslim 2013 yang diadakan di lokasi masjid terpilih di seluruh Malaysia, CSQ Training Centre menawarkan satu lagi Kursus WAJIB HADIR untuk anak-anak iaitu WorkShop Super Muslim 2013. Satu-satunya program CSQ Training Centre yang diadakan di Campsite Rimba Ria Suara Hutan, Bt 14, Hulu Langat, Selangor.

     Program    : Workshop SuperMuslim 2013
     Tarikh       : 24-26 Disember 2013 ( Selasa-Khamis)
     Sasaran     : Peserta lelaki perempuan berusia 9-17 tahun
     Yuran        : RM220 ( Daftar berkumpulan RM200)

Terhad hanya untuk 80 orang sahaja. Fokus program ini lebih khusus dan terperinci untuk mendedahkan asas-asas bagi seorang Super Muslim. Kali ini anak-anak anda akan dilatih secara intensif terhadap perkara berikut : 

KEMAHIRAN IMAM & BILAL

Melatih peserta teknik bacaan dalam solat, teknik azan yang betul, mengenali muazzin Rasulullah iaitu Bilal Ibn Rabah & Abdullah Ibn Ummi Maktum, mempelajari teknik kepimpinan & pengurusan masa dalam sembahyang serta kesucian diri (thaharah) sebagai prasyarat ibadah diterima di sisi Allah s.w.t. Dipasak  pula dengan tips-tips agar solat menjadi agenda dalam aturcara hidup peserta.


INTENSIF AL QURAN
Melatih peserta asas tajwid dan pembacaan al quran, membetulkan bacaan fatihah sebagai prasyarat sah solat, memahami sejarah penurunan al quran dan menanam semangat suka membaca Al quran sebagai syafaat bagi si pembaca pada hari kiamat.

Hafazan & bacaan surah asas seperti At Tin, Al Qadr, Al Mulk dan siri doa & zikir pilihan. Diselangi dengan aktiviti Qiamullail. Tidak perlu risau jika peserta tidak dapat membaca dengan lancar, jurulatih akan mengajar mengikut kemampuan peserta.





SEMBELIHAN
Mengajar peserta teknik sembelihan yang betul dari aspek alat sembelihan yang digunakan serta adab dengan haiwan sembelihan. Peserta akan melakukan praktikal menyembelih ayam, memasak dan menghidangkan makanan sebagai persiapan diri. Mengagumi kehebatan Islam dalam bab sembelihan bakal mendidik peserta mencintai Islam dengan sepenuhnya.



PENGURUSAN JENAZAH
Mengajar peserta supaya mempersiapkan diri agar mereka boleh menguruskan jenazah ibu bapa atau saudara yang meninggal sehingga ke tahap boleh menjadi imam dan mengendalikan dari proses memandikan, mengkafan, solat sehinggalah ke pengkebumian dan bacaan talkin. Praktikal (on job training) diutamakan agar peserta mudah memahami betapa pentingnya pengetahuan mengenai urus jenazah ini.



AKTIVITI LASAK
Selain dari pengisian teras agama, CSQ Training merencanakan beberapa aktiviti lasak antaranya rempuh halangan, Survivor MasterChef, serta Night Walking sebagai pelengkap kepada kursus ini untuk meningkatkan keyakinan diri dan sikap berani berjaya. Para peserta dilindungi di bawah skim takaful dan diselia oleh jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah.






KAEDAH Pelaksanaan Kursus
Ice Breaking :: Group Binding :: Workplay :: Presentation :: LDK :: Audio Visual
Program ini juga dilengkapi dengan doa dan zikir harian sebagai senjata mukmin serta aktiviti qiamullail yang akan diadakan pada hari ketiga kursus.

CARA MENDAFTAR : 
Tempat terhad. Justeru, anda boleh mendaftar dengan menghantarkan butiran nama peserta, umur & alamat melalui email csq_training@yahoo.com atau mengikuti langkah di bawah : 


CARA BAYARAN
Yuran RM 220 seorang merangkumi kos bas (pergi & balik dari perkarangan masjid Negara, Kuala Lumpur), Penginapan Dormetri, Makan minum 6 kali sehari, perlindungan takaful, training kit, jurulatih & fasilitator, Bahan Modul SuperMuslim Advanced, Sijil penyertaan, hadiah & cenderahati.



 Suasana Dewan Al Mubarak di Kem Rimba Ria yang bakal menempatkan para peserta 
Workshop SuperMuslim 2013

 Antara agenda wajib Workshop SuperMuslim 2013 : Modul Solatlah Di Mana-Mana

 Suasana di Dewan Makan Ibnu Sina, Rimba Ria Campsite

Dataran sukan Abu Hurairah, Rimba Ria Campsite menjadi laman utama peserta 
Workshop SuperMuslim 2013 beriadhah & bersukan


ATURCARA WORKSHOP SUPERMUSLIM 2013





Kami di CSQ Training Centre mengalu-alukan penyertaan anak-anak anda dalam Workshop SuperMuslim 2013. Semoga usaha kecil ini membantu melengkapkan doa dan usaha kita selama ini untuk melahirkan generasi anak-anak soleh.

Hotline CSQ
03 6205 2553
03 6205 2569

019 4050 158 Cik Izzati
013 420 8815 Cik Rohaya
013 274 8706 Ust Hasan
013 633 3035 Ust Luqman
019 303 9845 Ust Asri

Kami berbesar hati melayani kehadiran peserta kursus. Ahlan Wasahlan.

SELAMAT MENDAFTAR

Monday, 23 September 2013

Daftar Kem Cuti Sekolah Nov-Dis 2013

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah Nov -Dis 2013 SummerCamp Super Muslim Siri III


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Nov-Dis 2013, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim Siri III. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri II yang dilaksanakan pada pertengahan 2013 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhusolat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan
LOKASI PROGRAM

1. MASJID BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR                19-21 NOV 2013 ( Selasa-Khamis)
2. MASJID BANGSAR, KUALA LUMPUR                                22-24 NOV 2013 (Jumaat-Ahad)
3. MASJID SULTAN AZLAN SHAH, IPOH, PERAK                   26-28 NOV 2013 ( Selasa-Khamis)
4. MASJID MUTTAQIN, SG. PETANI, KEDAH                        06-08 DIS 2013   (Jumaat-Ahad)
4. MASJID TAQWA, NEG. SEMBILAN                                   10-12 DIS 2013    (Selasa-Khamis)
5. MASJID NEGERI, KUANTAN, PAHANG                             13-15 DIS 2013   (Jumaat-Ahad)          
6. MASJID PUTRA, PUTRAJAYA                                         17-19 DIS 2013    (Selasa-Khamis)
7. MASJID NEGERI, SHAH ALAM                                         20-22 DIS 2013    (Jumaat-Ahad)
8. RIMBA RIA CAMPSITE, SELANGOR                                  24-26 DIS 2013   (Selasa-Khamis)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR & LOKASI ke nombor seperti di bawah : 



Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 



DAFTAR MELALUI SMS


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 




ATURCARA SUMMERCAMP SUPERMUSLIM III 2013



PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.



Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

Tuesday, 17 September 2013

CSQ@JKM Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda : Dusun Eco Resort




Kursus        : Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda JKM
Tarikh         : 14-15 Sept 2013
Tempat       : Dusun Eco Resort,  Bentong, Pahang
Peserta       : 16 orang Pelatih Muda JKM

Alhamdulillah, buat kali kedua, CSQ Training Centre dijemput oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk mengendalikan Kem Rekreasi Minda Pelatih Muda JKM 2013. Jika pada tahun 2012, lokasinya di Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, kali ini pihak JKM memilih Dusun Eco Resort sebagai venue untuk membantu para peserta memperkasa diri membentuk peribadi menjadi generasi Malaysia yang bervisi. 

Fokus kali ini lebih jelas iaitu :

  1. Membentuk keyakinan diri peserta untuk merubah dan membina peribadi mulia
  2. Membina semangat usahawan dalam diri peserta
  3. Mendedahkan kemahiran asas entrepreneur sebagai persiapan membentuk masa depan yang terjamin
  4. Menyedarkan para peserta terhadap keperluan menamatkan latihan sebagai pelatih muda JKM



 Aktiviti Obstacle di Dusun Eco Resort yang mempunyai 12 halangan amat mencabar peserta...

 Slot asas SME mebantu peserta merangka strategi perniagaan dengan dibantu oleh Dana Azam Niaga & Azam Khidmat KPWKM...

 BBQ terbaik khas dari CSQ Training Centre kepada peserta. Ayam panggang madu, coleslaw, roti bakar dan burger salad pastinya memberikan "mimpi syurga" kepada peserta...

 Slot "teambuilding"

 Peserta bergambar kenangan selepas aktiviti "teambuilding"

 Bergambar kenangan bersama urusetia JKM. Berdiri dari kiri En. Sufi, Cik Zurina, Cik Rohaiza, Puan Hani, En Jamal dan En Wan. Duduk dari kiri En Wan Hanafiah, En Sulaiman, Puan Haslina (Pegawai), Ust Azizul Asri ( CSQ) dan En Hasanuddin (CSQ)

Semoga kursus kali ini dapat membantu pihak JKM mencapai objektif mereka serta memberikan input terbaik kepada para pelatih JKM untuk merubah diri ke arah sikap yang betul untuk mencapai sesuatu dalam hidup.

"If you want to get something, you have to do something"

CSQ Training Centre

CSQ@PTPTN Call Centre : Kursus Khidmat Pelanggan


Kursus Khidmat Pelanggan PTPTN
6-8 September 2013
Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
32 Kakitangan Call Centre PTPTN

 En Jusuraimi, Unit Latihan & Kompetensi PTPTN sedang memberikan ucapan perasmian kursus..

 Sebahagian peserta lelaki dalam sesi ice breaking...

 Peserta perempuan yang "sporting"...

Fokus utama Kursus Khidmat Pelanggan ini ialah : 
  1. Membina keyakinan diri peserta
  2. Membentuk persepsi dan perspektif kerja yang betul sebagai matlamat utama
  3. Membentuk asas berpasukan dalam kerja
  4. Mempelajari asas dan prinsip dalam membentuk khidmat pelanggan super


 Ujian "stress"...

 Membuat pelanggan anda senyum ialah salah satu ciri utama khidmat pelanggan...

Seri Menanti Resort adalah salah satu pilihan terbaik untuk mana-mana organisasi yang mencari-cari tempat latihan atau kursus peringkat korporat. Dengan kemudahan bilik penginapan bertaraf 4 bintang, kaedah penyediaan makanan dan masakan ala kampung pastinya menggamit memori peserta untuk kembali ke sini.


Di samping itu juga, lokasi Seri Menanti yang berdekatan Istana Seri Menanti dan perkampungan masyarakat membolehkan para peserta menghayati nilai budaya masyarakat dalam kehidupan dan senibina rumah minangkabau. 

Pihak CSQ Training Centre telah merangka satu program Explorace Khidmat Pelanggan di mana para peserta diminta menyediakan barang-barang asas tertentu. Kemudiannya peserta diminta mencari salah satu rumah di perkampungan berhampiran untuk memasak barang-barang tersebut serta memberikan beberapa khidmat asas kepada tuan rumah. Antaranya mengemas ruang tamu, mengajar anak kecil membaca al quran atau membuat kerja sekolah serta menyediakan menu karipap panas untuk tuan rumah.

Sambutan masyarakat terhadap peserta juga amat baik dan memuaskan. Sudah pasti kemesraan dan suasana kampung di Seri Menanti memberikan satu pengalaman baru kepada warga call centre PTPTN untuk pulang dan membentuk cara kerja yang baru dan bertambah baik.

"If you focus on results, you will never change. If you focus on change, you will get results"

ADIOS